congrate sayang.. proud of u.. ijazah sarjana muda uthm... 3 tahun kat poli.. 4 tahun kt uthm,now alhamdulillah.. dah kerja.. bayar balik hutang ptptn,dah boleh mula kumpul duit untuk kawin.. hehe
Saturday, 11 October 2014
Induksi Tahun 1
congrate sayang.. proud of u.. ijazah sarjana muda uthm... 3 tahun kat poli.. 4 tahun kt uthm,now alhamdulillah.. dah kerja.. bayar balik hutang ptptn,dah boleh mula kumpul duit untuk kawin.. hehe
Thursday, 9 October 2014
thursday throwback
percaya atau tak kitaorang kenal melalui wechat.. yes,look around..
huhu
araa ingat dia kerja dengan jabatan kesihatan.. sebab tengok moment dia duk sembur nyamuk aedis.. huhu
mula dari situ selalu chat dengan dia dan jadi rapat..
masa tu araa malu sangat.. Ya Allah..araa banyak tengok tempat lain dari tengok dia.. bila araa tengok dia.. dia pulak tengok tempat lain.. nak makan pun tak lalu masa tu.. padahal makan nugget ja pun.. hehe..
date yang ke empat nie,amik masa panjang sikit.. jenis cinta hati.. sebelum p mana2 dia dah rancang.. p pukul berapa.. balik pukul berapa.. ada kat sana pukul berapa.. ada kat situ pukul berapa.. masa naik tu dah 10.30 kalau tak silap.. dia cakap pukul 11-11.30 camtu kita turun.. naik atas tu.. amik gambar.. okey.. dia ja duk amik gambar araa.. still malu nak amik gambar berdua.. dia ajak minum.. cakap kat dia tak payah lah mahal.. tapi dia beriya.. mula2 araa nk pesan jus.. dia dah pesan.. dia suruh araa pesan abc.. araa tengok ada banana split terus cakap kat dia nak banana split.. masa tu barulah dia suap.. konon sweet gitu.. memang sweet pun..
hehe.. habis ja minum2.. nak beli baju kat bff araa yana.. tapi dia pulak yang bayarkan.. dan dia belikan araa sehelai baju.. lepas tu terus turun bawah sebab nak rush p queenbay tengok wayang.. lepas beli tiket tengok sempat lagi nak makan.. turun bawah balik cari kfc.. dia makan sat ja habis.. araa yang lama.. lepas tu lagi 10 minit cerita nak mula baru nak baik.. dah naik tu cari panggung ta jumpa.. kalut lah.. dengan nak p tandas lagi.. last p tandas dulu.. dia siap boleh beratuq beli air lg tu..and terus masuk..masuk tu cerita baru nak mula.. yalah.. iklan banyak kan.. hehemasa tu tengok cerita transcedence.. cerita pasal suami isteri yang cerdik.. lepas suami dia mati.. dia hidupkan suami dia melalui cip dan pasang kat komputer.. dari situ dia cuba ubah dunia dan bantu orang.. tapi haha..nama pun cerita,mesti ada watak jahat.. ada jela yang tak puas hati..nak tau lagi? p beli cd,tengok.. haha(gelak jahat) nak cerita pun tak ingat sangat dah aih.. lepas tengok wayang terus balik sp.. terkilan sikit sebab dia kata nak balik naik feri tapi balik naik jambatan.. dalam kereta atas jambatan tu dia ada lah bagitau takut ta sempat.. dia kata lain kali kita naik jambatan.. hilang la rasa terkilan tu..
ingat nanti kalau jodoh kami panjang.. selepas ulangan tahun perkenalan yang pertama nak ajak dia throwback p semua tempat yang kami pernah date.. imbas semua kenangan(konon2 nak tiru cerita kerana terpaksa aku relakan) hehe.. in shaa Allah kalau jodoh panjang.. doa kan..
Wednesday, 8 October 2014
U Make My Day
huhu
sejujurnya perasaan sekarang nie sedih..
ya sedih.. seminggu dah balik sungai petani tak berkesempatan lagi jumpa encik cinta hati..
Sebagai seorang kekasih yg memahami(kononnya) kena lah faham.. yang cinta hati awak tu baru kerja.. tak boleh mudah2 amik cuti.. bukan macam kerja yang dulu.. dalam sebulan amik cuti sebab nak keluar date.. terima kasih untuk masa tu..
dia ajak keluar makan malam.. bawak kak aja.. araa suruh dia call rumah bgtau mak nak bawak araa keluar..
yala,keluar malam kan.. dia cakap dia tak berani.. Dia call jugak akhirnya..
yes! walaupun sedih tak dapat jumpa tapi dalam sedih ada bahagianya..
proud of u abg.. gentleman sangat.. call rumah,cakap ng mak,mak izin mak nak bawak syg keluar makan malam.. TAPI tulah.. mak cakap nak tanya abah.. tapi abah balik mak diam ja.. so,aku buat kesimpulan sendiri.. mak tak bagi keluar malam sebab tak manis.. aku redha jelah terhadap kerinduan yang berpanjangan nie.. ceh.. baru dua minggu!! DUA minggu pun! balik bukan selalu.. nak la jumpa..
Monday, 6 October 2014
Berbangga Jadi Warga UMK
morning,cewah.. morning lah sgt..
dah pukul 11.30 pun kan..huhu
sebelum tu..
selamat hari raya aidiladha.. hehe
bagitau lah dia belajar kat kelantan..
Dia bagitau cucu dia kt uia.. tak balik sebab cuti sat ja..
dan dua kali duk ulang benda yang sama ja.. araa pulak naik menyampah..
nak bagitau.. cucu hang dapat uia pun rayuan ja.. so,toksah duk banggang eh silap bangga aih... bukan nak hina orang yg dapat rayuan.. tapi cara hang tu yg terhina..
dan aku pulak ada sebab kenapa harus berbangga jadi warga umk..
firstly.. tu FIRST CHOICE aku masa isi upu..
kos yang memang aku nak tak kira muzium or sastera..
and ofcos aku perlu happy sebab first choice aku diterima.. jadi,hang toksah duk habaq kat aku.. cucu hg p lambat.. yolah p lambat dua minggu dari aku sebab cucu hang dapat rayuan ja..
haish.. dah la cari makan kat abah aku.. lagi nak buat taik kt family aku.. sebab tu aku benci keluarga hg.. sekian!
(maaf nah,bila marah keluar habis loghat kedah n bahasa hg aku tu)
walaupun panas kat ibs tu.. walaupun umk merupakan u baru.. tak sampai 10 tahun lagi.. tetap bangga jadi salah satu ahli keluarga u yg sedang membangun macam tu.. mungkin tak macam u yg lain.. RU,ada library terbesar,u tercantik,u dalam taman... tetap jugak bangga sebab umk terutamanya kampus bachok memartabatkan warisan budaya..
Thursday, 2 October 2014
Thursday Throwback
assalammualaikum..
segmen khas tuk entry setiap hari jumaat borak tentang
friday throwback..
Throwback, masa balik dua minggu lepas.. Allahu,nevesnya first time balik seorang diri dari kota bharu ke sungai petani.. Dari mula teksi amik kat cafe umk.. dah sampai station bus.. Nerves nak naik bas seorang diri..tapi Alhamdulillah..
sampai dengan selamatnya..
Plan asal nak suruh cinta hati jemput kat ukir square.. Tapi sebab sampai awal,so kak ajart lah yg amik sebab cinta hati baru habis kerja...
Singgah sungai lalang nak cari makan.. kedai belum buka.. Balik rumah dulu..
abang mizan dengan family pun baru sampai.. Sedihnya! baru dua minggu achu p kelantan.. balik kedah Marissa tamau kat achu dah..
Masa nak p dapur nampak entiti besar dalam beg plastik hitam atas meja komputer bawah tangga dan plastik tu terkoyak sikit.. tengok ada bulu2.. Mak n Kak Ajart cakap barang tu atas nama araa.. so,bawak ke sofa excitednya nk bukak.. sebab masa pegang tu rasa lembut2.. Suprise!!!! 🎉 teddy bear!! 🐻
Semua satu rumah pakat duk tanya dari siapa.. sebab atas borang pos tu nama syazwan! Depa pakat duk suruh mesej no si syazwan tu..Tapi araa tau teddy bear tu dari cinta hati dan dia pos kan kerumah.. anak2 sedara si aleesya,si aniq dan si marissa pun excited.. teddy bear besar dari depa...Ohhh!! dia dah pandai buat suprise sekarang ye... Yang araa pulak duk cover senyum sambil mesej cinta hati..
hilang penat masa tu.. hati berbunga2 jea.. thankz sayang hadiahkan teddy bear tuk jadikan teman kat kelantan..
Ingatkan esok keluar baru nak p beli.. tapi dia lagi cepat.. huhu dah tu besar dari yang disangka sebab teringin yg kecik jer,yg jual kat amanjaya mall tu.. tengah lapar masa tu terus kenyang.. hehe
noted! syg cuma nak abg tau.. yang sayang bahgaia sepanjang kenal abang..💑
miss shikin love mr.syafiq!❤