Friday 25 December 2015

Hikmah Bila Gemok

kemarin lepas semangat siap lawo2 nak p tengok dilwale.. tapi full! so aku ng kak aja jalan2 kat Mr.Diy.. tempat fav aku kot.. barang murah.. dulu la.. sekarang dalam kegawatan ekonomi malaysia nie apa ja yang murah.. air mineral pun rm2.80 kot! lepas perabih duit kat mr.diy terus nak balik tu nampak penimbang kat luar kedai mr.diy.. gedik nak timbang sbb rasanya lama dah aku tak timbang berat.. bukan apa sebab takut terima kenyataan.. hahah padahal dah tau gemok sbb baju pakat tak padan habis.. timbang2 memang teriak la.. 62kg!!! :'(
tapi aku nampak hikmah la bila aku gemuk nie.. aku makin menutup aurat.. tak pakai dah ketat2,singkat2.. yala malu kot wey nak tunjuk lemak2 tu kat orang walaupun tak lah gemuk sangat sebenarnya.. bila aku membaca n buat kajian aku nie gemuk air. banyak sangat minum air n kerap mandi.. sebab tu isi aku lembut ja tak pejal... nasib la badan ada shape lagi.. 
tidak meraung la aku nak kuruih kan.. huhu

 
(bukti 62kg) hahaha
 
(acah2 datin) hahaha


(masih ada shape)

 

Wednesday 23 December 2015

DILWALE (REVIEW FILEM)

lamanya tak update blog...  bersawang dah... dari bulan 11 lagi kak aja dah booking aku nak ajak tengok cerita dilwale.. takut aku tengok dengan syafiq.. hahaha..
sampai la 23/12 dia ajak p village mall(vm) tengok.. aku pun kemain ha siap lawo2.. nak tengok yang pkul 8 malam.. last hall full! so kitaorang decided nak tengok esok tu.. beli tiket siap2! 
esok tu lepas je solat maghrib terus gerak... sampai je,ramai gila orang wey.. beli dulu popcorn n air.. sebab kak aja belanja kan.. mmg aku paw la.. hahaha.. masuk hall pergh full house sampai bawah.. actually aku tak minat hindustan.. serius talk.. mula2  aku agak cerita dilwale nie mesti macam cerita srkajol dulu2.. jom start review.. 


sinopsis dilwale.
kaali(srk) anak gengster dia bulgaria jatuh cinta kepada meraa(kajol). masa kaali nie lari daripada musuh dia. dia terlanggar meera. masa nie la bermula pertemuan pertama depa.. lepas tu diikuti beberapa siri perjumpaan yg sweet. sampai la hari kaali kena hantar emas kat sempadan. dia kena serang,masa nie baru tau yang meera(kajol) anak musuh ayah dia yang sengaja perangkap dia untuk tau rahsia pasal emas tu.. tapi kaali betul2 dah cintakan meera.. dan dia tak sangka meera buat macam tu kat dia.. meera plak lepas tu sedar yg dia cintakan kaali.(klip video gerua) lepas tu depa buat keputusan nak bgtau family masing2.. ayah kaali tadak halangan. tapi masa ayah meera jumpa ayah kaali tu ayah meera ada muslihat nak bunuh kaali n ayah dia.. masa nie berlaku adegan tembak2. sampai la ayah meraa tembak ayah kaali n ayah kalii tembak ayah meera balik.. lepas tu kali sambut ayah dia pegang pistol hala kat ayah meera.. meera sampai n meraa ingat kali yang tembak ayah dia.. meera tembak kaali. 15 tahun lepas tu adik meera n kaali nie jatuh cinta.. meera pulak halang sbb still dendam. adik2 depa plan nak balik nostalgia cinta depa.. hehehe.. sampai la pacik meera bgtau hal yang sebenar baru meera jumpa kaali.. 


seringkas yang boleh sinopsis ha.. tu yang aku faham la jalan ceritanya...
actually jalan cerita nya berlompat2.. dari srk terjaga dri mmpi.. adik dia jmpa adik meera.. adik dia jatuh cinta ng adik meera.. dia jumpa balik meera.. masa tu baru tau kisah yang betul..
cerita nie best la.. ada unsur lawak,sedih n cinta,.
pengajaran yang baik iaitu keluarga lebih penting daripada cinta sebab adik kaali tetap pilih abang dia dari cinta dia walaupun tu bkn abg kandung dia. sbb abg dia byk berkorban untuk dia..
yang paling paling paling best lagu gerua n janam-janam.. berhantu weyh.. hahahaha.
mmg bg 5 star la cerita nie.. aku siap repeat tengok lagi sekali ng syafiq.. part paling ta sangka kajol jadi gangster.. dari situ cerita nie dah mula best... sampai skrg dah sebulan kot.. still full panggung lagi.. gila!





Monday 12 October 2015

Kasih sayang jarak jauh..

assalammualaikum.. kadang2 kat sosial network nie bukan ja boleh jumpa jodoh.. tapi boleh jumpa seseorang yang kita rasa istimewa.. yang buat kita rasa dia macam adik beradik sendiri..  alhamdulillah.. 6 bulan kenal kak kamilia.. kemarin ada rezeki jumpa jugak... merengek kat en.cinta hati nk p aman sentral.. jumpa bulat dgn kakngah.. hehe.. kakngah panggil maksu n paksu.. bulat? pjj. haha permainan jarak jauh.. mau main tapi takmau mai dekat kita.. balik tu kak milia hantar mesej kakngah suka kat maksu paksu.. alahai.. kalau dekat ley p selalu kan.. ada jodoh jumpa lagi..

Friday 2 October 2015

aha body serum



Assalammualaikum.. hari tu ada kata nak review pasal aha bodyserum kan tapi tak buat pun kan.. bukan apa handphone rosak jadi kena la hantar kedai dulu repair.. bukan tamau update dari laptop tapi gambar dalam handphone..

Ni la AHA BodySerum 70% over white.. untuk? untuk bagi kulit putih dan mulus.. pakai ni gabungkan dengan dewyglow pulak gebu la jadinya.. memang araa orang duk usyar tangan jela sebabnya muka sombong so tangan tagi nampak menarik sebab gebu.. hehehe.. kalau nak tau dekat thailand bapuk guna serum nie la nak bagi gebu selain depa amik cucuk-cucuk vit c. heheh.. serum nie memang sesuai bagi yang degil susah putih. Maknanya laki pun boleh pakai.. serum ni tak melekit na terus serap dalam kulit.. wangi pulak tu.. kalau yang dah kawin tu lagi la elok amik ni. pakai sebelum tidur,wangi.. laki pun suka.. hehehe..

AHA SERUM......Untuk memutihkan kulit gelap dan menghilangkan bintik-bintik hitam.
Serum ini cukup kuat dan berkesan...untuk
~ Mengurangkan kemunculan tona kulit tidak sekata
~ Membantu menghapuskan kebanyakan kesan dan parut jerawat dan kesan gigitan nyamuk.
~ Menjadikan kulit lebih putih dan cerah.
~ Membantu menlembutkan kulit
~ Serum ini berasaskan air.Ia cepat menyerap kedalam kulit dan tidak melekit.
~ Membantu menghapuskan sel-sel kulit mati dan juga merangsangkan sel-sel kulit baru....
Cara guna apply di badan selepas mandi....

harga? tak mahal pun rm30 sahaja exc pos.
harga pasaran rm45 ke atas..
nak order directly whatsapp 0195193915



   
(nie lah rupa aha bodyserum)
 
(tangan yang atas tu latest,yang bawah tu awal tahun
mintak housemate lukiskan inai. bezakan?)
 
(tayang sikit tangan gebu,heheh.. jangan jeles)
 
  
(nie kat wechat pos gambar inai kat 
tangan member tegur tangan gebu)  

(paham2 sendiri amiklah.. :p ) 

Saturday 19 September 2015

Polis Evo(review filem)

al kisah kaklong balik dari kl sampai pagi tu.. duk petang ajak keluar tengok wayang.. keluar la ng abglong,kakchik n bawak aniq sekali..kaklong belanja.. gila takmau.. hahaha..duk pikiaq nak tengok filem apa.. araa beriya nk tengok bravo 5..tapi abglong nak tengok polis evo.. masa kami sampai tu dah pukul 3..  polis evo mula pukul 2.45 dah tapi faham2 la kan masuk dalam tu iklan saja dah 10 minit.. beli air segala popcorn la sosej la,jagung cawan la.. mau 10 minit lagi.. 

masuk2 dah part cikgu adli kena bunuh dah.. kiranya baru lagi la mula.. huhu
tengok sampai habis memang tak kering gusi la cerita nie.. lawak n penuh aksi.. sumpah best.. rugi la sapa yang tak tengok lagi.. filem paling gempak malaysia tahun nie.. walaupun kaklong belanja tapi still boleh kata ta rugi keluar duit tengok filem nie.. setaraf antarabangsa kot.. gempak seyh.. abglong plak orang teganu.. dia la gelak paling kuat dalam panggung tu.. haha..


review sikit:
kematian cikgu adli yang menjadi tanda tanya apabila mayatnya dijumpai bersama dadah berwarna merah(syabu naga) dan satu peta.. inspektor sani(zizan razak) ditugas untuk menyiasat kes tersebut bersama inspektor khai(shaheizy sam)dari kuala lumpur yang digelar super cop.. bolehkan mereke bekerja sama dalam menjayakan misi membanteras kes syabu naga di terengganu?


part paling araa suka masa inspektor sani bawak balik ' bangkai' abang khai aka inspektor khai kat rumah dia.. part zizan baling ikan dalam pinggan shaheizy sam tu pecah panggung kot pakat gelak..
yang mana tak tengok lagi p la tengok sebab memabg confirm tak menyesal.. support filem melayu!
 

Monday 14 September 2015

Jalan-Jalan Cari Makan

salam.. al-kisahnya beberapa minggu dah encik cinta hati habaq nak makan beriyani claypot..
kemarin baru sempat p.. minggu lepas plan ta jadi sebab mak ta sihat.. sehari tnggu mak kat kecemasan hsptal sp.. kemarin sampai la kat penang.. rasa mcm lama dah tak p belah sana... waze lebuh chulia sebab restoran beriyani claypot tu kat situ.. nasib waze bawa betoi..selalu waze kan macam tipu sikit.. hahah.. huhu.. pukul 10 pagi dia ajak makan nasi dah.. huhu.. restoran tu nama kapitan. cik abg tu tau dripada kawan dia..  


ni ha beriyani claypot tu apa macam?? terliur dak? hehe
komen araa.. beriyani dia biasa ja.. ayam sedap n besar okey..
rm9 ja beriyani ayam tu.. tapi disebabkan ta sihat makan ta habih..dah ta habih bungkus bawak balik la.. sayangkan kalau membazir..makan sedap2 kat sini.. banyak menu oi.. huhu..beriyani pun ada daging kambing,udang,sayur n macam2 lagi..
tapi service kurang.. waiter n cashier ta ramah langsung...tanya macam nak tanak ja jawab..
malam tu mesej kak myra pun dia bgtau benda sama..dia penah bawak kawan dari k.l p makan situ
malu dia sbb service tak mesra alam..dia habaq kat perda ada jugak..next time boleh try.. klu staff ka tokey restoran kapitan tu baca.. pliss alert n tingkatkan service..
ta susah pun nak p sini,dekat2 ng street art dekat dengan masjid kapitan keling n dekat dengan balai bomba.... waze ja lebuh chulia last destination waze bg mmg sampai betoi depan restoran ni..

lepas tu terus p gurney plaza tengok maze runner.. masa syafiq beratur beli tiket tu dah perasan ramai sangat cina.. masuk dalam panggung pun cina jugak yang ramai.. hehe india pun ada kot 10/11 orang camtu.. melayu? araa dengan syafiq ja oi.. duk couple seat atas sekali.. nampak semua la..
masa nyanyi lagu negaraku gila sakit hati 4/6 cina ta bangun.. jenih nie bodoh!! patut hantaq balik china ja.. bukan nak rasist tapi  depa yang kuangjaq kot.. tak ada semangat cintakan negara..
syafiq ada beli biskut kat gsc.. huwarghh takdan tengok habih rupa plastik dia. masuk dalam wayang sedap la pulak biskut tu.. tny syafiq rm8 dia kata.. ingt habis wayang tu nak suruh dia  beli satu lagi.. huhu alih2 keluar ramai orang.. tak jadi la..

(review maze runner)
syafiq yang beriya nak tengok cerita nie.. ikut jela.. araa nak tengok bravo 5 tapi kat penang tadak oi.. nampak dak? hahaha
tengok awal2 tu maze runner confirm la ta fahamsebab yang first ta tengok pun..
dekat last tu baru nak faham cerita..  araa bg 4/5 bintang.. cerita tak boring.. ta best sebab ada zombie.. huhu.. ada terkejut-terkejut.. huhu cerita tadak ending sebab ada sambungan lagi.. 


lepas tu terus p padang kota lama sebab merap cik abg tu nak tengok tranformer.. choi ja..
haha bukan nak tengok sangat pun lebih kepada nak amik gambar.. :p
tengah hari rembang duk selpiaq kat situ.. hahaha.. takleh duk lama sebab panas sangat... lepak tapi pantai sat amik gambar dua tiga keping terus balik sp..









balik sp cik abg tu keluar tol selatan.. dia nk p mana pulak dah.. tanya ta jawab sampai depan kedai baru tanya nak pizza dak.. dia nak beli hot pizza jalanan no 1.. 

macam mana??sedap oi pizza dia.. sesuai dengan harga..ada 6 jenis menu pizza dia.. syafiq beli mix yang keluarga.. disebabkan tak biasa araa follow ja..pizza saiz besar untuk family tu boleh kata tak sampai rm20 pun.. murah kan? sedap.. isi banyak.. syafiq mintak extra cheese...lepas tu syafiq beli air soda herba mix apa ntah.. huhu try jela..air soda tapi dalam tu ada buah laici,serai, dan lemon.. sedap! rasa segar lepas minum... dulu berniaga kat tepi jalan ja.. kat ipd sp tu.. skrg ada dua kedai.. satu kat taman sejati.. betul2 depan parkson sebaris big mouth republic.. satu lagi kedai dekat merbok.. dekat merbok ni lagi banyak menu.. ada meatball ada mushroom soup.. lokasi dekat rumah kedai berhampiran mrsm merbok dekat klinik satu malaysia... dan ada lagi banyak cawangan gerai tepi jalan.. tak rugi cuba lagipun tak salah support melayu berniaga.. bangga oi melayu berniaga macam nie.. sikit hari boleh lawan pizza hut dengan dominos...





Wednesday 9 September 2015

BFF

salam.. araa mmg jenis yang tak ramai kawan.. seriusly.. haha sbb? sbb ta berdunia dengan org sgt kot.. nak buat macam mana kan.. masuk u pun tak ramai kawan jugak.. kawan ng housemate,roomate coursemate tu jela kot..senior pun kenai berapa kerat ja.. huhu.. lecture?? sedih.. rapat ng cik anis n en.afif ja..huhu masa form 6 awal tu rapat la dengan semua.. masuk lama sikit dah terserlah sifat2 masing2.. so rapat dengan sofia jela... hujung tu baru rapat dengan bff sekarang yana.. tu pun masa nak p uum n padang besar.. dia ja nak duduk dengan araa kan.. sampai kat sana pun kami jalan berdua ja..  sampai la habis sekolah.. tunggu result pun kuar cari kerja sama2.. result pun lebih kurang sama.. dapat anugerah cemerlang sama2.. masuk u sama2.. cuma yang sedihnya sorang teganu sorang kelantan.. sampai sekarang still bff.. sorang lagi bff amani haniey.. yang nie jarang keluar n hangout sesama tapi still bff.. dekat umk plak rapat dengan roomate sendiri jela.. tapi tak bff sgt.. but still kawan baik la..nama pun sebilik.. teman mengadu...teman sembang.. teman p makan.. p kelas.. basuh baju.. huhu.. kalau balik cuti tu confirm la teringat rindu.. biasa kan ada berdua dalam bilik.. ada teman sembang semua nie balik rumah duk bilik sorang.. kawan ng lipas n cicak jela.. huhuhu... kat umk ada jugak bff,jiha.. yang nie coursemate.. kenal dari sebelum masuk umk lagi.. kat group whtsapp.. jadi rapat.. kalau boleh semua group nak sekali.. haha.. join teater pun sesama.. dengan hat nie araa lagi manja dari roomate sendiri... roomate pun anak sulung.. tapi macam tegas sikit.. yang jiha nie ta garang sebab tu boleh manja2 kot.. sampai last nak berhenti pun dia satu2 yang teriak kat station bus..  
araa ta ramai kawan sebab araa sedaq ta ramai yang ikhlas dalam persahabatan... kalau boleh biaq la kita berkawan tu.. kawan kita tu ada time susah senang kita.. bukan time senang ja.. 


(bff yana & amani haniey)
(bff kat umk)

(roomate wani)

(kecik ja bff ak ni)


Saturday 29 August 2015

Obses Kulit Putih dan Cantik

Salam.. entry kali bukan cerita pasal araa.. tapi satu agent group dropship kak milia nie.. Ya Allah.. hari tu dia ada whtsapp araa tanya makan dewyglow.. dia bagitau dia amik bvrc dan jelita pro.. tu cerita masa bulan puasa.. yang terbaru dia bagitau amik glutacaps n olicandy... lepas tu dia order plak dewyglow... seriusly rasa macam.. errrrr.. gila apa!!! Haha.. obses sgt nk putih n cantik sampai macam tu... selama araa jual beauty produk araa bukan jual saja2.. araa study sikit2.. supplement memang lah boleh amik paling maximum 3. Tapi kena tengok jugak bahan dalam supplement yang diambil dan dicampur tu.. glutacaps kandungan gluta dia dah tinggi.. campur pulak dengan olicandy.. lepas tu nk campur pulak dengan dewyglow yang vitamin c dia 1000mg.. terlebih vitamin pun ta bagus untuk badan... boleh penyebabkan cirit birit n sakit sendi..
Satu lagi.. nk makan supplement kena la sabar.. hadoi... bukan makan sebotol tak berkesan tukar... supplement apa pun kita makan kita consume paling maxima 3 bulan nk nampak kesan.. sebab 3 bulan baru supplement tu sesuai dengan badan kita dengan hormon kita... dalam kes agent ni nie dia duk tukar-tukar supplement n suka campur.. adoi... kalau obses sgt nak putih nak cantik jangan macam tu la... sebab boleh penyebabkan masalah buah pinggang... seriusly seram betoi...  kalau rasa nak cantik sangat nk putih apa kata laburkan duit.. p klinik pakar.. cucuk vitamin c... sebulan sekali.. sekali rm100.. agak mahal la kan.. tapi kesan puas hati.. daripada duk amik supplement macam tu kalut nak tengok kesan dia..  skincare kat klinik pakar kulit pun rm200 untuk penggunaan dua bulan.. tapi skincare nie kalau yang betul2 ada masalah kulit amik okey la kan... ya Allah mintak dijauhkan araa dari sikap macam tu... bersyukur seadanya.. usaha tapi biar la berpada-pada...

DYA'S SCRUB (Produk review)

Salam.. okey kali nie nak review satu produk nie.. araa ta jual na.. beli dari kawan.. nama dia dya's scrub.. hari tu ada terbaca satu entry founder produk dia bg tips muka kita perlu scrub sebulan sekali sekurang kurangnya.. dia guna scrub mustika ratu... araa mula2 nak beli dah.. then kawan jual scrub nie murah.. rm5 ja yg kecik.. cod sampai depan rumah plak.. beli la dua.. kat araa satu kat kak milia satu... beli dua tiga hari jugak ta pakai.. huhu lepas tu pegang muka... araa ada masalah jerawat dalam.. maybe sebab resdung kot kan.. araa pun picit guna besi tu.. huhu.. then lepas tu araa pkai la scrub nie.. eh best plak... hari kedua pakai lagi.. syok ja urut2 kat muka kan.. scrub nie organik jadinya diorang tadak la letak pewangi.. bau dia macam tepung goreng ayam... hehe.. hari ketiga perasan macam jerawat dalam tu dah takde.. hari ke empat.. wah parut makin kurang nie.. dan hari kelima amazing.. kulit muka rasa tegang ja k... serius best sgt.. beli yg kecik rm5 tu pun duk ada banyak lagi.. huhu.. memang kena restock la kan... lepas ni nk beli untuk syafiq sado satu.. sebab dia ada whitehead/blackhead kat hidung.... so sekarang nie scrub akan jadi routine penjagaan muka araa la..


Saturday 15 August 2015

Bila Hidup di 'spedo'

Hidup kena 'spedo' kata syafiq..
Spedo tu maksudnya ditaja.. sapa tak suka kan dapat barang free.. ofkos suka.. pengalaman sendiri.. sebenarnya dewyglow yg araa makan setiap bulan tu kak kamilia yg belanja.. ingatkan dia nk belanja untuk first bottle ja.. sebab duk tolong dia buat list harga n jaga group dropship.. tapi dia belanja sampai sekarang botol yg ke empat dah pun... huhu kemarin sampai plak satu parcel pos laju.. seingat tadak pun order barang.. tengok nama pengirim kak milia.. dapat aha body serum.. first bottle araa beli dia bayaq postage.. lepas tu bagitau dia dah habis.. tengok2 sampai plak yang baru.. huhu...  baik betulkan dia.. semoga murah rezeki dia..  nanti araa review aha bodyserum nie plak.. best tau sejuk ja pakai.. kalau pakai lotion rasa macam ta suka sangat.. hehe.. tapi serum nie best sejuk kat kulit..cepat serap n wangi...
Memang lah best kan kalau hidup kena spedo.. sebab nk beli kdg2 mcm ta cukup duit.. duit nk guna buat benda lain.. erm erm erm...
Kan.. bila ada sudi nak bagi setiap bulan pulak tu. Rasa bersyukur la.. tambahan plak dari ta berapa cantik dah okey sikit kulitt sekarang kan.. nanti araa share apa jadi dua minggu araa stop dewyglow... huhu..


Saturday 8 August 2015

My Face Care Routine

Salam.. okey nk share my daily face care routine...  biasanya pagi araa akan cuci muka dengan sabun vitamin c daripada set jeragat clobetamil g.. tapi araa guna dia punya sabun ja.. lepas cuci muka lap dengan tuala bersih.. tuala muka araa asingkan dengan tuala badan...tuala muka guna yang kecik tu ja.. sangkut tepi meja make up..  lepas tu terus pakai yanko day cream.. lepas solat zohor buat benda yg sama.. cuci pakai sabun vit c tu kemudian pakai yanko day cream.. cuma lepas asar araa rest kan muka pakai serum ja.. serum daripada nn beauty.. pun serum vit c jugak... serum paling best n paling laku araa jual.. hehe..
Lepas maghrib pun sama ta pakai apa2.. lepas solat isyak.. araa akan pakai yanko night cream.. yanko night cream ta pakai hari2 na.. jadinya araa selang seli dengan krim kunyit... seminggu sekali araa akan pakai bedak tanaka.. scrub muka plak ta tentu.. araa akan scrub dengan buah tomato atau lemon..  wah segar je rasa...
Nt entry araa share kalau jerawat biasa araa buat apa.. pakai apa.. tempek apa.. huhu...
sabun clobetamil g

yanko day cream



yanko night cream

krim kunyit 

bedak tanaka

serum vit c nn beauty

Wednesday 22 July 2015

Beraya Dengan Si Sado

Alhamdulillah... tahun nie dapat jugak beraya bersama.. tahun lepas raya ke 9 baru jumpa.. tu pun p jalan2 kat penang.. tahun nie merasa jugak la raya sama2.. cik abg sado tu mai raya kat rumah dulu.. baru p beraya kat rumah kawan dia di sungai layar... balik tu singgah makan kat cs... cafe baru bukak.. davesdeli.. boleh tahan jugak... balik plan nk amik stok brg kat kedai kak ct..tapi tutup pulak... huhu.. disebabkan period.. mmg terus balik rumah.. rasa ta selasa n sakit perut yg amat... tahun nie dpt duit raya lagi.. hikhik.. bertambah plak tu...
Tahun depan.. dan tahun2 seterusnya.. sampai kawin ada ank cucu pun harap dpt lgi.. 


Wednesday 15 July 2015

HAPPY BIRTHDAY CINTA HATI

Happy Birthday Abang..
Sayang doakan abg pnjg umur... murah rezeki..sihat selalu dan makin sado n hensem.. hehe..sayang selalu cintakan abang kemarin.. harini dan akan datang.. 
Setahun 5 bulan dengan abg.. macam2 dah kita tempuh.. tahun nie bajet lari sebab wat persiapan raya.. 
Sayang tadak nak hadiahkan apa2 kat abang.. sayang nk hadiahkan cinta n hati sayang ja tuk abang(yang baca tu jangan nak muntah sgt!) Haha..
Doa sayang semoga Allah panjangkan jodoh kita.. kekalkan hubungan kita dan kita bahagia selamanya.. 


(gambar tahun lepas. kena surprise kat kfc) 

(abg sado sy)


(kena surprise masa anniversary 2015)

Tuesday 14 July 2015

SakitNya HatiKu

Baru dua tiga hari lepas roomate kat umk wassep.. masa kat umk bilik araa dua org ja.. so ada roomate pun sorang jela.. selesa ja.. ta byk masalah.. apa2 kami dua ja tadak pikiaq orang lain.. rindu plak!!
sambung balik: roomate wassep crta kata dia p umah housemate H kt alor star.. housemate nie crta depa dah ta kawan ng sorang housemate nie gelarkan dia D.. H crta kat wani(roomate) yang D nie duk laga2 kan depa dalam rumah tu.. araa pun cakap kat wani.. dah tau perangai si D nie sbb araa ng wani penah kena ng dia.. benda nke terbongkar lepas dia fitnah NAH dan FAe kat NFA.. NFA rakam apa yg si D bgtau dia.. dia fitnah NAH dan FAe kata depa nie ta suka kat NFA.. NAh,FAe dan NFA nie roomate dia... pun dia sanggup wat camtu.. sampai kan NFA bawak dri keluar dari bilik tu.. lepas wani msj araa tu.. araa msj housemate NAH.. NAH nie plak crta kata si D nie buat crta jugak masa araa  excident kat klntan dlu sampai araa gado dengan FK dan FB.. NAH suruh araa msj FK tny balik.. araa msj FK..mmg dia pnya kerja.. duk malam msj si NH plak.. lagi bnyak la terbongkar pasai si D nie.. bila tau smua tu automatik rasa geram ya amat.. sebab dia sorang... huru hara satu rumah.. habis bermasam muka.. NAH dan NH bgtau si D nie lansgung ta rasa bersalah.. sampai kan malam depa buat perjumpaan dgn si D tu.. yang lain dah boleh agak.. araa ng wani penah jadi mangsa dia.. sory to say.. araa antara org yg awai kena.. lepas tu wani.. apa yg depa syak tu mmg btoi pun.. araa ng wani jadi ta rapat ng housemate last2 tu.. apa pun kami buat bdua ja.. p makan ka... outing ka.. kdg2 tu lepak ng M,S n H.. tiga org nie ja ley harap percaya pun..
NAh bgtau araa kata si D nie cakap dia takleh tengok org lebih dri dia.. dia nak kan perhatian.. macam nie punya orang pun ada!!!!!! Sampai sanggup tengok kawan2 bergaduh bermasam muka kerana fitnah hg..
YA Allah.. sakit hati sangat2.. tak dapat bayang klu araa n wani pun ada malam perjumpaan tu.. sebab araa mmg jnis baran angkat tangan.. wani pulak jenis mulut pedas.. skrg nie pun rasa sakit hati sangat.. memang kalau ada depan mata rasa makan penampar dah D nie..

  

Monday 13 July 2015

YANKO SKINCARE(REVIEW PRODUK)

Semalam.. tak boleh tidur baca la balik segala wassup dengan cik abg tu..kemudian terjumpa la gambar beberapa bulan lepas.. rasa nk menangis tengok balik gambar tu.. satu ja araa cakap.. nak cantik kena banyak sabar.. araa dari muka teruk.. lepas tu okey.. masuk umk muka teruk balik... makin okey.. n sekarang sgt okey... 
Gambar first muka araa 6 bulan lepas... 
Masa tu mmg confident level 001%.. bila keluar ng syafiq.. make up pun still rasa teruk.. yala pakwe hensem awek berutu kan..
Gambar kedua 4 bulan lepas.. masa nie amik yanko skincare.. segala jerawat n biji2 semua dah mula kering.. tinggal parut2 ja lagi..
Gambar last keadaan muka araa sekarang..
YAnko nie dia 100% organik.. tanpa kimia.. halal.. import taiwan.. sesuai untuk semua jenis kulit..
Yanko ada 3 jenis:

-basic

-hydra

-platinium

Basic- untuk kulit normal.. 

Hydra-untuk kulit sensitif/berjerawat/pigmentasi/jeragat

Platinium- untuk 30 tahun ke atas(anti penuaan) tapi umur 26 dah mula boleh pakai...

Araa guna basic n hydra.. sbb araa jenis kulit sensitif.. tersangat sensitif.. alhamdulillah.. finally jumpa produk yang sesuai.. thnk kat intann inass sbb perkenalkan produk superb nie..
Satu nasihat araa... nak cantik kena sabar.. jangan putus asa... macam araa ikhtiar macam2.. pakai itu ini.. makan supplement itu ini.. tapi tak berkesan.. sebab?? Badan byk toksik..bukan salah produk tapi badan kita.... huhu.. sebab tu araa selalu pesan kat customer.. sebelum amik apa2 supplement... detox dulu..
(6 bulan lepas)

(4 bulan lepas/seminggu guna yanko)

(sekarang)