Tuesday 26 January 2016

Petua Hilangkan Sengugut

senggugut atau pun period pain bukan semua perempuan merasainya dan sangatlah beruntung perempuan yang tak rasa sakitnya sengugut nie.. araa pulak salah seorang yang Allah kurniakan nikmat merasai sakitnya senggugut nie.. orang kata sakit sengugut baru sebahgian daripada rasa sakit nak beranak.. araa tatau lah kan... sebab tak beranak lagi.. tapi sengugut,, memang sakit,. cramp kat bahagian pinggang,rasa  lenguh dan sakit di bahagian ari-ari perut..
jom check apa boleh buat untuk kurangkan rasa sakit senggugut nie

1: tuam perut atau bertungku
biasanya kalau kat rumah time period memang mak panaskan batu tungku tu kat araa.. orang kata bagus untuk pengaliran darah.. kalau jauh dari family time araa belajar kat kelantan dulu,araa tuam guna botol air... isi air sederhana panas dalam botol tuam kat perut...

2: sapu minyak atau losyen panas
abah araa memang bekalkan losyen susu kambing masa araa belajar kat kelantan dulu,,, losyen tu panas... bila sapu kat perut selesa ja rasa.. sakit pun berkurang sikit,, housemate araa sampai kirim beli losyen tu... kalau kat rumah memang simpan stok losyen tu sebab duk urut mak abah pun guna losyen tu jugak..

3: pakai stokin
pakai stokin untuk elakkan masuk angin... sebab orang period nie memang senang masuk angin,.. lagi elok selimut sampai berpeluh.. araa plak memang jenis panas ka sejuk ka tido kena ada selimut..

4: minum air suam
banyakkan minum air suam... bagus untuk melegakan kekejangan otot dan melancarkan aliran darah..

5: minum air rebusan halia..
biasanya araa minum eno halia ja.. huhu..
dikatan air rebusan halia nie boleh mengurangkan rasa sakit senggugut dan jugak untuk buang angin..

6: tidur
cara paling efisien nak hilangkan sengugut adalah tidur.. hehe..
bila tidur memang akan lupa kejap sakit sengugut tapi kebiasaannya tidur jadi tak lena sebab menahan sakit... akhir sekali kalau dah tak tahan sangat barulah amik pain killer tapi tak digalakkan..

Saturday 23 January 2016

Aku Penghidap SLE

yea.. aku merupakan salah seorang daripada penghidap sle sejak 12 tahun lalu.. masa disahkan doktor aku menghidapi penyakit sle.. aku baru berusia 10 tahun.. semua bermula pada september 2004... sakit perut yang amat sangat.. sampaikan cirit dan muntah hijau.. mak hantar aku pergi klinik mahayuddin kat sg.lalang..doktor tu bgtau tak ada apa2..sakit perut biasa.. balik rumah masih lagi sakit sampai la lepas makan ubat aku muntah hijau yang sangat busuk.. masa tu abah kerja.. mak mintak tolong jiran aku cikgu sobri bawak aku pergi hospital.. masa kat hospital doktor marah mak..kenapa mak lambat bawak aku pergi hospital.. apendix aku pecah... pembedahan untuk buang apendix tu masa umur aku 9 tahun.. sebabkan apendix tu pecah lepas daripada operation doktor buka semula pembedahan tu sebab takut bernanah dan perlu dicuci... tapi dua bulan lepas tu aku masih ta baik2.. mak bawak aku semula ke hospital sungai petani tapi tak ada pakar.. terus sungai petani rujuk aku ke hospital alor star. sebulan aku duduk kat alor star.. xray dah taktau berapa puluh kali..ultra sound dah tak larat kira.. sampai la kakak aku amik air penawar kat penang bg mandi n minum. masa tu hospital alor star dah nak hantar aku balik sungai petani sebab diorang dah ta boleh buat apa2.. sebelum balik tu diorang nak xray lagi sekali.. lepas aku mandi n minum air tu terus tolak p bilik xray masa tu baru nampak something bulat dalam perut aku.. doktor bagitau usus bercantun.. terpaksa operate sekali lagi. terus tak jadi balik sungai petani.. ikutkan malam tu jugak diorang nak operate tapi darah tak ada.. esoknya kalau darah tak ada.. kak epy sanggup derma darah dia tuk aku.. :'(kali nie diorang tak operate tapi tebuk tiga lubang masukkan kamera semua.. lepas daripada tu keadaan aku makin baik tapi kena check up setiap bulan.. sampai la doktor kata aku nie kena luekimia.. macam nak pengsan mak aku masa tu... doktor cuma bagi aku 4 tahun untuk bertahan... bulan berikutnya amik darah lagi.. daripada mula kena apendix aku tatau berapa banyak amik darah.. huhu.. baru doktor bagitau aku nie sakit sle. masa tu sle nie baru lagi.. memang ramai yang tak tau tentang penyakit sle nie..masa tu aku kena makan ubat steroid prednisolone 12 biji sehari..tahun 2005 aku dirujuk ke hospital selayang sebab kat sana ada pakar sle.. masa tu baru lah doktor tambah ubat2 lain sebab risau effect steroid tu..

sebagai penghidap sle yang masih muda muda masa tu,aku bukannya tak apa2 sangat pun... tapi kehidupan aku agak sukar masa tu.. sebabnya aku tak boleh terdedah kepada cahaya matahari sedangkan sebelum sakit aku seorang yang aktif bersukan..masa sekolah aku rajin ponteng sebab?
sebab tak sihat... dan pengalaman aku masa kat tingkatan 6 orang kata aku pura2 sakit.. yang sebenarnya aku tak pernah nak dedahkan tentang penyakit aku tak orang.. aku tak pernah nak bgtau orang aku nie sakit apa sebenarnya.. pada orang yang fitnah aku masa kat tingkatan 6 tu.. kita jumpa kat sana,.. :) jangan terkena pada diri sendiri atau keluarga baru nak beringat.. walaupun aku sering ponteng sekolah alhamdulillah result stpm aku antara yang cemerlang tanpa perlu repeat papers..
dan aku berjaya tempatkan diri aku di salah sebuah ipta kat malaysia.. walaupun hanya separuh jalan.. inshaa Allah sekarang aku sedang tunggu untuk dapatkan univeristi yang tak jauh sangat dari rumah...
sekarang steroid aku cuma setangah biji selang sehari.. ada penghidap sle yang macam aku juga cumanya dia baru 6 tahun,, dia tanya aku macam mana aku jaga sle aku sebabnya dah 12 tahun aku sle tapi tak efek apa2 organ sedangkan dia dah efek buang pinggang.. ntah la,aku tadak jawapan yng spesifik.. mungkin sebab aku sakit nie dari kecik so aku tak kesah sgt tentang sakit nie...kadang2 sampai terlupa yang aku nie sakit.. dan bila2 sahaja ajal boleh sampai..

pada cinta hati aku muhammad syafiq awal lagi sudah aku bagitau dia.. dan aku berhadap dia sedia dimadukan dgn mr.sle nie.. hehehe...
mak aku orang yang jadi tulang belakang aku.. dia yang temankan aku kalau check up.. dia yang temankan aku kalau masuk ward.. dia yang teman aku kalau kena amik darah.. dan aku bertahan sampai sekarang sebab mak aku! sebab apa yang dia buat semua untuk aku.. untuk anak2 dia.. abah aku tak kurang jugak.. banyak habiskan duit untuk aku.. walaupun ayah aku boleh mintak bantuan dari tentera sebabnya ayah aku nie airforce tapi ayah aku tak buat pun sebab dia pegawai masa tu.. dia kata dia masih mampu.. duit bantuan tu bagi pada yang betul2 perlukan... tulah abah aku..masa sakit memang paling manja.. abah aku sanggup berulang dari butterworth ke alor star setiap hari masa aku dekat sana.. kalau sehari ja tak tengok abah aku.. automatik demam.. family aku.. kakak abg aku masa tu kalau boleh semua benda nak bg kat adik depa nie.. adik bongsu kan.. teringat dulu kalau mak balik amik barang mesti kak epy yang jaga... tamau kak tini jaga... sebab kak tini garang hahahaha...tu jela pengalaman aku sepanjang sakit sle nie..

next entry baru aku nak terangkan pasal sle.. dah pagi wey... haha.. aku memang burung hantu dari dulu...


(dan aku salah seorang daripadanya)
(sebab ia penyakit rumit aku malas nak cerita
kat orang.. nanti orang banyak tanya)

Azam Tahun Baru Kononnya

perghhh... first entry aku untuk tahun 2016 nie.. haahhaha..
gila pemalas aku nie. nak update blog pun ikut mood.. 
kononnya azam tahun baru nak kurus..
hujung bulan 12 hari tu mintak cinta hati beli kan coklat banyak2..
nak makan puas2 kononnya sebelum diet..
mula2 kata nak diet 1hb pastu pikiaq2 balik 3 hb la.. sebab dah mula sekolah..
(macam la aku sekolah lagi kan) hahahah
akhirnya sampai hari ni lah aku tak diet pun!! 
tapi ok la. masa timbang bulan 12 hari tu 62kg..
sekarang 60kg.. kira turun la tu kan.. tatau nak buat camna..
nafsu makan melampau2.. memang la orang kata sbb bahagia..
nampak comey tapi ka sedih weyh baju semua ta padan dah..
bila cinta hati aku tanya bila nak diet? aku jawap tahun 2016 panjang lagi kan?!
haahhaha.. aku bagitau dia nanti nak kawin diet la..