Saturday 23 January 2016

Aku Penghidap SLE

yea.. aku merupakan salah seorang daripada penghidap sle sejak 12 tahun lalu.. masa disahkan doktor aku menghidapi penyakit sle.. aku baru berusia 10 tahun.. semua bermula pada september 2004... sakit perut yang amat sangat.. sampaikan cirit dan muntah hijau.. mak hantar aku pergi klinik mahayuddin kat sg.lalang..doktor tu bgtau tak ada apa2..sakit perut biasa.. balik rumah masih lagi sakit sampai la lepas makan ubat aku muntah hijau yang sangat busuk.. masa tu abah kerja.. mak mintak tolong jiran aku cikgu sobri bawak aku pergi hospital.. masa kat hospital doktor marah mak..kenapa mak lambat bawak aku pergi hospital.. apendix aku pecah... pembedahan untuk buang apendix tu masa umur aku 9 tahun.. sebabkan apendix tu pecah lepas daripada operation doktor buka semula pembedahan tu sebab takut bernanah dan perlu dicuci... tapi dua bulan lepas tu aku masih ta baik2.. mak bawak aku semula ke hospital sungai petani tapi tak ada pakar.. terus sungai petani rujuk aku ke hospital alor star. sebulan aku duduk kat alor star.. xray dah taktau berapa puluh kali..ultra sound dah tak larat kira.. sampai la kakak aku amik air penawar kat penang bg mandi n minum. masa tu hospital alor star dah nak hantar aku balik sungai petani sebab diorang dah ta boleh buat apa2.. sebelum balik tu diorang nak xray lagi sekali.. lepas aku mandi n minum air tu terus tolak p bilik xray masa tu baru nampak something bulat dalam perut aku.. doktor bagitau usus bercantun.. terpaksa operate sekali lagi. terus tak jadi balik sungai petani.. ikutkan malam tu jugak diorang nak operate tapi darah tak ada.. esoknya kalau darah tak ada.. kak epy sanggup derma darah dia tuk aku.. :'(kali nie diorang tak operate tapi tebuk tiga lubang masukkan kamera semua.. lepas daripada tu keadaan aku makin baik tapi kena check up setiap bulan.. sampai la doktor kata aku nie kena luekimia.. macam nak pengsan mak aku masa tu... doktor cuma bagi aku 4 tahun untuk bertahan... bulan berikutnya amik darah lagi.. daripada mula kena apendix aku tatau berapa banyak amik darah.. huhu.. baru doktor bagitau aku nie sakit sle. masa tu sle nie baru lagi.. memang ramai yang tak tau tentang penyakit sle nie..masa tu aku kena makan ubat steroid prednisolone 12 biji sehari..tahun 2005 aku dirujuk ke hospital selayang sebab kat sana ada pakar sle.. masa tu baru lah doktor tambah ubat2 lain sebab risau effect steroid tu..

sebagai penghidap sle yang masih muda muda masa tu,aku bukannya tak apa2 sangat pun... tapi kehidupan aku agak sukar masa tu.. sebabnya aku tak boleh terdedah kepada cahaya matahari sedangkan sebelum sakit aku seorang yang aktif bersukan..masa sekolah aku rajin ponteng sebab?
sebab tak sihat... dan pengalaman aku masa kat tingkatan 6 orang kata aku pura2 sakit.. yang sebenarnya aku tak pernah nak dedahkan tentang penyakit aku tak orang.. aku tak pernah nak bgtau orang aku nie sakit apa sebenarnya.. pada orang yang fitnah aku masa kat tingkatan 6 tu.. kita jumpa kat sana,.. :) jangan terkena pada diri sendiri atau keluarga baru nak beringat.. walaupun aku sering ponteng sekolah alhamdulillah result stpm aku antara yang cemerlang tanpa perlu repeat papers..
dan aku berjaya tempatkan diri aku di salah sebuah ipta kat malaysia.. walaupun hanya separuh jalan.. inshaa Allah sekarang aku sedang tunggu untuk dapatkan univeristi yang tak jauh sangat dari rumah...
sekarang steroid aku cuma setangah biji selang sehari.. ada penghidap sle yang macam aku juga cumanya dia baru 6 tahun,, dia tanya aku macam mana aku jaga sle aku sebabnya dah 12 tahun aku sle tapi tak efek apa2 organ sedangkan dia dah efek buang pinggang.. ntah la,aku tadak jawapan yng spesifik.. mungkin sebab aku sakit nie dari kecik so aku tak kesah sgt tentang sakit nie...kadang2 sampai terlupa yang aku nie sakit.. dan bila2 sahaja ajal boleh sampai..

pada cinta hati aku muhammad syafiq awal lagi sudah aku bagitau dia.. dan aku berhadap dia sedia dimadukan dgn mr.sle nie.. hehehe...
mak aku orang yang jadi tulang belakang aku.. dia yang temankan aku kalau check up.. dia yang temankan aku kalau masuk ward.. dia yang teman aku kalau kena amik darah.. dan aku bertahan sampai sekarang sebab mak aku! sebab apa yang dia buat semua untuk aku.. untuk anak2 dia.. abah aku tak kurang jugak.. banyak habiskan duit untuk aku.. walaupun ayah aku boleh mintak bantuan dari tentera sebabnya ayah aku nie airforce tapi ayah aku tak buat pun sebab dia pegawai masa tu.. dia kata dia masih mampu.. duit bantuan tu bagi pada yang betul2 perlukan... tulah abah aku..masa sakit memang paling manja.. abah aku sanggup berulang dari butterworth ke alor star setiap hari masa aku dekat sana.. kalau sehari ja tak tengok abah aku.. automatik demam.. family aku.. kakak abg aku masa tu kalau boleh semua benda nak bg kat adik depa nie.. adik bongsu kan.. teringat dulu kalau mak balik amik barang mesti kak epy yang jaga... tamau kak tini jaga... sebab kak tini garang hahahaha...tu jela pengalaman aku sepanjang sakit sle nie..

next entry baru aku nak terangkan pasal sle.. dah pagi wey... haha.. aku memang burung hantu dari dulu...


(dan aku salah seorang daripadanya)
(sebab ia penyakit rumit aku malas nak cerita
kat orang.. nanti orang banyak tanya)

No comments:

Post a Comment